(Video) Rupanya Ini ‘View’ Dalam Lori Tangki Minyak Dan Keadaan Cecair Ketika Lori Bergerak Dan Brek

Pasti ada antara kita yang berasa ‘seram’ setiap kali melihat lori tangki di atas jalan. Bukan sahaja saiznya yang besar, namun lambang yang melaung amaran ‘mudah terbakar’ khususnya pada lori minyak itu boleh membuatkan kita terbayang 1001 tragedi yang berisiko berlaku sekiranya nahas.

Bukan itu sahaja, dengan berita-berita kemalangan melibatkan lori jenis ini pastinya menambah rasa gerun setiap kali berselisih dengannya.

Tahukah anda, menurut Transcourt, sebuah lori tangki kecil boleh membawa sehingga 3,000 gelen cecair manakala muatan lori besar boleh mencecah 11,600 gelen, bersamaan kira-kira 365 tan. Namun, kapasiti maksimum setiap lori tangki bergantung kepada ketumpatan cecair yang dibawa, jelas Transcourt Tanker Leasing.

Maka disebabkan itulah, ia dicipta dengan ciri keselamatan yang tinggi demi keselamatan mereka yang terlibat secara langsung dengan proses pengangkutan produk seperti gasolin, petrol, bahan kimia dan air.

Sekatan di dalam tangki

Memetik Transcourt, salah satu ciri keselamatan lori tangki jenis ini adalah dengan kewujudan baffles atau sekatan pada bahagian dalam tangki.

Sekatan ini berfungsi untuk meminimakan impak pergerakan cecair ketika lori tangki sedang bergerak atau membrek. Hal ini kerana impak yang kuat berisiko membuatkan lori terbalik ketika melalui selekoh atau hentaman kuat ketika lori dihentikan.

Berdasarkan sebuah video animasi, terdapat beberapa jenis lori tangki yang digunakan, antaranya lori yang mempunyai sekatan jenis baffles, bulkheads atau smoothbores (tiada sekatan), bergantung kepada jenis muatan yang dibawa.

Sekatan baffles mempunyai lubang yang membolehkan cecair bergerak memenuhi kesemua bahagian tangki dengan sama rata. Sementara itu, sekatan jenis bulkheads pula menghalang percampuran cecair secara menyeluruh, menghasilan bahagian berbeza dalam satu lori tangki yang sama.

Mari kami tunjukkan animasi bagaimana sekatan ini berfungsi di dalam lori tangki dan apakah yang akan berlaku jika tiada sekatan.

Kongsi Saferack, sekatan ini juga turut membantu menambah kekuatan dengan memberi sokongan kepada tangki.

Untuk lebih memahami keadaan di dalam lori tangki ketika bergerak, dan bagaimana sekatan boleh meminimakan impak, mari tonton video di bawah.

Dah faham fungsi-fungsi sekatan? Jom kita tengok bagaimana keadaan sebenar di dalam lori tangki petroleum yang menggunakan sekatan baffles.

Untuk melihat ‘view’ dari dalam tangki boleh tonton video bermula minit yang ke 12:35.

Anda boleh tonton video di bawah bermula minit yang ke 8.

Sumber: Transcourt, Saferack, Tankers Principles Animation, SCANSCOT, HD

The post (Video) Rupanya Ini ‘View’ Dalam Lori Tangki Minyak Dan Keadaan Cecair Ketika Lori Bergerak Dan Brek appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments