(Video) Rakaman Polis Trafik Bantu Alih Lori Terima Pujian Ramai

Jasa dan bakti pihak polis dalam menjaga keamanan negara  sememangnya perlu dihargai.

Tanpa mengira penat lelah, mereka juga sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat dalam apa jua situasi.

Seperti yang dikongsikan oleh Polis Diraja Malaysia di Facebook, beberapa orang anggota polis trafik dilihat sedang membantu mengalihkan sebuah lori yang rosak di tepi jalan.

Adegan yang dirakam oleh orang awam itu memperlihatkan lori tersebut berjaya dialihkan dan tidak lagi menghalang laluan.

Ikuti perkongsian Polis Diraja Malaysia di bawah ini.

VIDEO PILIHAN: SIAPA KATA DI MALAYSIA TIADA ‘SUPERHERO’?

Jika di luar negara ada Superman, Ironman atau Batman, di negara kita juga tidak kurang hebatnya ada Policeman!  Betul tak?

Kebiasaanya kita hanya melihat pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sentiasa ringan tulang membantu pengguna jalan raya yang dalam kesusahan kerana kerosakan kereta atau motosikal, namun sejak kebelakangan ini, “super power” mereka telah ditingkatkan dengan menolak lori yang rosak pula! Mungkin dek ‘penangan’ setelah diberi dua suntikan dos vaksin agaknya?

Syabas dan tahniah buat para anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur yang telah membantu mengalihkan sebuah lori yang rosak di ibu kota. Berbekalkan semangat kerja berpasukan dan tulang empat kerat merekalah yang membolehkan pengguna jalan raya lain tidak mengalami kesulitan untuk menggunakan jalan tersebut.

‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.’

VIDEO PILIHAN: SIAPA KATA DI MALAYSIA TIADA 'SUPERHERO'?Jika di luar negara ada Superman, Ironman atau Batman, di…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Friday, April 2, 2021

Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

The post (Video) Rakaman Polis Trafik Bantu Alih Lori Terima Pujian Ramai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments