(Video) Mujur Tak Digelek, Kanak-kanak Terjatuh Tengah Jalan Selepas Pintu Bonet Belakang Minivan Terbuka

Menggerunkan, seorang kanak-kanak dirakam telah terjatuh dari sebuah kenderaan di tengah jalan raya yang sibuk.

Menurut The Sun, kejadian di China itu menyaksikan kanak-kanak tersebut membuka bonet belakang kenderaan yang dipercayai van mini sebelum terjatuh.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terus menghentikan kenderaan masing-masing.

Menerusi video yang dirakam CCTV itu, kanak-kanak tersebut dilihat terus bangun dan berlari menuju ke arah van itu semula.

Dia bernasib baik kerana tiada kereta yang memecut laju ketika dia terjatuh.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada dia mengalami sebarang kecederaan atau tidak.

Sumber: The Sun

The post (Video) Mujur Tak Digelek, Kanak-kanak Terjatuh Tengah Jalan Selepas Pintu Bonet Belakang Minivan Terbuka appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments