(Video) Kereta Api Terlibat Kemalangan Di Taiwan, Sekurang-kurangnya 50 Penumpang Maut & Ratusan Lagi Cedera

Sekurang-kurang 50 penumpang dilapor maut, manakala lebih daripada 140 orang cedera selepas terlibat dalam kemalangan keretapi di Taiwan, yang dianggap terburuk dalam sejarah pengangkutan itu di negara tersebut, kira-kira 9 pagi, Jumaat waktu tempatan.

Memetik laporan portal berita NHK, kereta api berkenaan dilapor membawa lebih 500 orang penumpang ketika ia tergelincir dari landasan berhampiran sebuah terowong yang terletak di kawasan pantai timur negara pulau berkenaan

Antara yang dilapor terkorban adalah pemandu kereta api selain pihak berkuasa turut mengesahkan 4 buah gerabak paling hadapan menghadapi kerosakan yang teruk. Pasukan penyelamat dikatakan menghadapi kesukaran untuk mengakses gerabak berkenaan memandangkan ia berada di bahagian dalam terowong.

Laporan awal menyebut, insiden berkenaan berpunca daripada sebuah lori yang melintang di atas laluan ketika cubaan melintas, namun tidak sempat sebelum dirempuh kereta api malang itu.

Pemandu lori berkenaan sudahpun ditahan untuk siasatan lanjut.

Kemalangan ngeri itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Taiwan yang mengarahkan semua agensi penyelamat termasuk pasukan tentera menghulurkan bantuan dalam operasi menyelamat tersebut.

Sumber: NHK

The post (Video) Kereta Api Terlibat Kemalangan Di Taiwan, Sekurang-kurangnya 50 Penumpang Maut & Ratusan Lagi Cedera appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments