(Video) Kaki Tuan Cedera Berbalut, Kucing Ini ‘Cari Pasal’ Ejek Jalan Berjengket Macam Tuannya

Comel dan nakal. Mungkin ini adalah antara faktor ramai antara kita yang terjatuh cinta dengan makhluk tuhan bernama kucing ini. Ada sahaja gelagat mereka yang boleh menghiburkan hari-hari kita sama ada secara sengaja atau tanpa sengaja.

Seperti aksi seekor kucing yang meniru tingkah laku tuannya jalan berjengket ini yang mendapat lebih 4.5 juta tontonan di TikTok.

Dalam video dimuatnaik @Makura09 dua hari lalu, kelihatan haiwan itu sedang duduk bersantai di suatu sudut rumah sebelum didatangi tuannya. Pemilik haiwan itu kemudiannya beredar dari situ dalam keadaan berjengket, membuatkan kucing itu seakan terpinga-pinga.

Sejurus itu, haiwan comel itu lantas bangun dan seakan ‘mengejek’ tuannya yang jalan berjengket-jengket hingga ke hujung. Rakaman tersebut mendapat pelbagai reaksi dan nyata ramai yang terhibur dengan gelagat kucing ini.

@makura09

🤧🤧🤧 #funny

♬ original sound – MAKURA – MAKURA

Sumber: Makura09

The post (Video) Kaki Tuan Cedera Berbalut, Kucing Ini ‘Cari Pasal’ Ejek Jalan Berjengket Macam Tuannya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments