(Video) Jangan Buang Kulit Telur Dan Kulit Pisang, Wanita Ini Ajar Cara Buat Baja Tanaman, Nak Jual Pun Boleh

Kebiasaannya, kulit telur yang digunakan selepas memasak akan terus dibuang. Tetapi, selepas ini mungkin anda boleh menyimpan kulit telur kerana terdapat kegunaannya yang ramai tidak tahu.

Menerusi perkongsian video oleh seorang individu di TikTok yang meraih 18.7 juta tontonan, pemilik akaun dikenali sebagai Gina Angelia mengajar cara ‘membuat duit’ menggunakan kulit telur.

Kulit telur yang dikumpul, dicampur bersama kulit pisang dan dikisar secara halus sebelum dijual sebagai baja tanaman organik yang berkesan kerana mengandungi banyak khasiat.

@gina_angelia

Kulit telor bisa jadi duit lho #garagaragina #fyp #mitochiba #mitochibacopper #mito @mitochiba.id @mito.id #pupuk

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui tips tersebut yang berkesan untuk tanaman kerana kulit telur diketahui kaya dengan kalsium yang boleh menyuburkan tumbuhan apabila dijadikan baja.

Sumber: TikTok Gina Angelia

The post (Video) Jangan Buang Kulit Telur Dan Kulit Pisang, Wanita Ini Ajar Cara Buat Baja Tanaman, Nak Jual Pun Boleh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments