(Video) Boleh Buat Sendiri, Lelaki Kongsi Cara Servis Dapur Gas, Atasi Masalah Api Kecil

Bila dah bertahun guna, salah satu masalah yang mungkin timbul apabila menggunakan dapur gas ialah api menjadi kecil. Ada masanya hanya sebelah tungku yang bermasalah, adakala kedua-duanya. Nak goreng ikan pun lama.

Jika anda berhadapan masalah dapur gas mula tidak beri kerjasama, api yang dikeluarkan kecil sahaja, mari kami kongsikan cara untuk mengatasinya.

Hanya empat peralatan sahaja, anda sudah boleh buat sendiri di rumah berdasarkan tips dikongsikan saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini.

Projek DIY menservis dapur gas isteri. Hari ni berjaya menyelamatkan dua dapur gas milik isteri. Perkongsian ini pernah diviralkan. Hari ni diperincikan lagi step-stepnya. Semua orang boleh lakukannya.

Alat-alat yang perlu disediakan

1.Playar

2.Paku saiz seinci setengah

3.WD-40 (Spray anti karat)

4.Pisau

Cara-cara servis

1. Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas). Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.

2. Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas. Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.

Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.

Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini.Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.

Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya.

3. Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti).

Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas.Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.

Spray dulu pakai WD40 baru cucuk pakai klip.Kalau cuci pakai air nanti jadi berkarat.

4. Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas.Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat. Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.

Ini contoh retakan pada bahagian fire starter. Pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar atau external fire starter untuk hidupkan dapur gas.

Usaha khuatir,ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat. Ianya tidak membahayakan.

Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)

5. Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)

Taraaaaaa..sudah siap di servis.Dapur ini telah dua tahun digunakan.Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama.Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.Selamat mencuba.

Posted by Abdul Ghopar Zakaria Ansari on Monday, April 13, 2020

Sebelum

Selepas

Sumber: Abdul Ghopar Zakaria Ansari

The post (Video) Boleh Buat Sendiri, Lelaki Kongsi Cara Servis Dapur Gas, Atasi Masalah Api Kecil appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments