(Video) Betul Ke Kalau Isi Terbalik Dapat Minyak Ekstra? Pakcik Shell Dah Buat Eksperimen & Ini Jawapannya

Mungkin ada antara kita pernah terdengar, “Isi minyak di pam yang bertentangan dengan tangki kereta. Kalau tak nanti masih ada baki minyak yang akan tertinggal di dalam kabel.”

Biarpun ada yang telah menyangkal dakwaan itu, ia tetap diamalkan sebahagian pengguna hingga kini. Sejauh mana kebenarannya?

Mungkin sudah lama melihat amalan ini dipraktikkan, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husian (Pakcik Shell) akhirnya tampil memberi penjelasan lengkap dengan  bukti eksperimen.

Jelasnya, kepercayaan itu adalah auta semata-mata. Malah, ia berisiko menyebabkan tumpahan minyak kerana sensor pada hujung nozel tidak dapat berfungsi dengan baik jika digunakan dalam keadaan terbalik. Baca perkongsian dan tonton video beliau di bawah.

Isi terbalik, minyak EKSTRA?

Ini hanyalah sekadar berkongsi fakta. Bukan untuk menimbulkan perdebatan. Kefahaman boleh juga mengelak kemalangan tumpahan minyak kerana sensor di hujung nozel tidak dapat berfungsi untuk kesan minyak penuh jika diletak terbalik.

Notis keselamatan: Video dihasilkan dalam mod selamat, dengan pengurusan trafik di belakang. Peralatan mengukur bahan api adalah disahkan selamat dan dibumikan dengan bonding wire supaya elektrostatik dapat diserap ke dalam bumi. Mohon jangan ulang ujikaji tanpa peralatan selamat.

auta – tak perlu isi terbalik untuk dapat minyak EKSTRA. Jadi, apa yang anda rasa boleh memberi anda EKSTRA? We are run by Malaysians, for Malaysians.

Berdasarkan video dikongsikan beliau, Pakcik Shell menggunakan kedua-dua simulasi kaedah baik mengisi minyak pada kedudukan biasa atau tangki bertentangan dengan pam di mana kabel menjadi ‘lurus’.

Dalam video itu, Pakcik Shell mengisi minyak ke dalam tangki yang lengkap dengan sukatan untuk melihat jika terdapat perbezaan isipadu mengikut kedua-dua cara.

Hasilnya, beliau mendapat isipadu serupa, 10 liter, tidak kira dengan meletakkan tangki dekat atau jauh daripada pam.

Sumber: Pakcik Shell

The post (Video) Betul Ke Kalau Isi Terbalik Dapat Minyak Ekstra? Pakcik Shell Dah Buat Eksperimen & Ini Jawapannya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments