(Video) 44 Tahun Tak Berpuasa Hingga Meninggal Dunia, Boleh Ke Bayar Fidyah? Ini Jawapannya

Seorang yang beragama Islam diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan walau di mana kita berada, masuknya bulan yang penuh barakah ini, kita diwajibkan berpuasa. Ya, puasa merupakan rukun Islam yang ketiga yang menjadi kewajipan bagi setiap Muslim.

Tetapi, kenapa masih ada yang tidak berpuasa walaupun sihat tubuh badan dan tidak mengalami apa-apa penyakit sekalipun.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menerusi satu ceramah daripada Ustaz Mohd Hafiz Fauzi telah memberi pengajaran dan keinsafan kepada orang ramai.

Menerusi rakaman video tersebut, Ustaz Hafiz bercerita tentang seorang wanita yang telah menghubunginya untuk membayar fidyah bagi pihak suaminya yang telah meninggal dunia sejak 5 tahun lalu.

Apa yang mengejutkan, sang isteri mendakwa bahawa selama mana suaminya hidup tidak pernah berpuasa. Selama tempoh 44 tahun itu, suaminya tidak berpuasa dan tidak menggantikan puasa.

“Saya pun tak tahu nak cakap apa, suaminya telah meninggal dunia dah 5 tahun dah… dalam hati saya (dalam keadaan sebak), Moga Allah Taala pelihara dia..”

Katanya lagi, Fidyah hanya dibayar kerana uzur syarie. Suami puan bukan uzur syarie tetapi suami puan sengaja tidak mahu berpuasa”…

Tak puasa 44 tahun, berapa fidyah? – Ust. Mohd. Hafiz Fauzi

TAK PUASA 44 TAHUN, BERAPA FIDYAH?Ikuti kupasan kuliah bertajuk "Tidak Urus Harta Pusaka, Waris Menderita" disampaikan oleh Ust. Mohd. Hafiz Fauzi, Ketua Jabatan Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad.Sudahkah anda menggantikan puasa dan membayar fidyah?Baca lebih lanjut dan kira fidyah anda di sini:https://ift.tt/3ddO2Qb BUKAN SEKADAR FITRAH. ZAKAT HARTA PELENGKAP IBADAH.”Zakat | Wakaf | Kaunseling🌐 www.pbmalns.gov.myKira, Semak, Tunai Zakat Anda:🌐 www.zakatns2u.bizSkim Potongan Zakat Berjadual (SPZB):🌐 https://ift.tt/3tl4Quo Tunai:🌐 https://ift.tt/3mGJ5SY Melalui Potongan Gaji:🌐 https://ift.tt/3uNptja Zakat Anda:πŸ“ž 1-800-88-7771Talian Wakaf Anda:πŸ“ž 06-762 2445Talian Wasiat & Hibah Anda:πŸ“ž06 -764 7213#PBMalNS #MAINS#BahagiaDenganMemberi#ZakatBukanSekadarFitrah#WakafMemacuUmmah#PerbadananBaitulmalNegeriSembilan

Posted by Majlis Agama Islam Negeri Sembilan on Sunday, March 1, 2020

Sebelum menamatkan perbualan tersebut, Ustaz meminta si isteri untuk rujuk di pusat zakat untuk mengetahui tentang bayaran fidyah dengan lebih lanjut.

Moha daripada kisah ini, kita boleh jadikan ia sebagai teladan dan pengajaran dalam kehidupan kita. Jangan sesekali langgar perintah Allah SWT.

 

Sumber: Majlis Agama Negeri Sembilan

The post (Video) 44 Tahun Tak Berpuasa Hingga Meninggal Dunia, Boleh Ke Bayar Fidyah? Ini Jawapannya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments