Ditemui ‘Menyorok’ Bawah Kereta, Aligator Sebesar 10 Kaki Bikin Orang Awam Gempar

Seekor aligator sebesar 10 kaki berjaya ditangkap di Florida, selepas ditemui menyorok dibawah sebuah kereta.

Menurut laporan The New York Post, sekurang-kurangnya tiga anggota sherif yang diperlukan bagi mengangkat haiwan itu.

Reptilia itu ditangkap dengan menggunakan perangkap yang diletakkan dibawah sebuah kereta tempat “persembunyiannya”. Video rakaman kejadian yang berlaku di Florida itu dikongsikan di laman Facebook Pejabat Syeriff Hillsborough County.

Pada jam 31 Mac (8.45 pagi), pejabat Syeriff Hillsborough County menerima panggilan mengenai reptilia gergasi itu.

Jabatan Syeriff segera menghantar “perangkap buaya” ke lokasi untuk mengangkut haiwan itu ke ladang buaya tempatan.

Melalui rakaman video menunjukkan beberapa lelaki membantu mengangkat reptilia itu ke belakang trak dan mulutnya ditutup.

Video bertajuk “You may have seen this gator in a few viral TikToks recently, but it doesn’t get better than this angle from Deputy Wheaton’s body cam!

Orang ramai mulai bersorak selepas penyelamat berjaya “menyumpat” haiwan itu ke dalam trak.

sumber: New York Post , Facebook

The post Ditemui ‘Menyorok’ Bawah Kereta, Aligator Sebesar 10 Kaki Bikin Orang Awam Gempar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments