Bahagian ‘Other’ Dalam iPhone Banyak Makan Memori? Ini Cara Nak Padam ‘Benda’ Yang Tak Penting

Ramai yang mengeluh bila storage telefon mula penuh, lebih-lebih lagi buat si kaki selfie yang suka bergambar. Memang ptong ‘stim’ bila tengah syok bergambar atau video tetiba dapat notifikasi “storage almost full”.

Time tu lah, rasa berat hati nak delete gambar-gambar yang ada dalam telefon tu.

Sekarang, korang tak perlu risau lagi terutamanya buat ”Iphone user” sebab satu cara yang korang boleh ikut untuk padamkan ruangan ‘others’. Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Akeem Sharyzal. Jom kita lihat cara dan tips mudah ini.

“Sape tau macam mana nak hilangkan other tu? Macam banyak je dia makan…Apple User boleh ikut tips ni…”

1. Pergi setting > masuk safari > scroll bawah sikit cari tekan clear history & website data.

Even tak banyak dapat membantu.

2. Masuk setting lagi > cari messages > keep mesages > buat 30 days

Biar dia auto delete. Sebab tak penting, kalau penting kau save la. Screenshot ke apa apa. Okay?

3. Ni paling membantu, kau pergi telegram.

Pastu > setting > data & storage > storage usage > tekan clear telegram cache tu.

Lepas tekan ni aku dapat 3GB free yeay.

4. Okay ni pulak kalau korang nak backup semua gambar/video kat Iphone korang.

  1. Download Apps Google Photo
  2.  Setting “Free Up Space
  3. Slide ke bawah untuk backup
  4. Dah complete delete je
  5. Dekat recently delete pon delete

Jangan risau, gambar selamat.

Okay baca ni! Very useful, sebab tu orang suka update ios thru pc/mac sebab tak makan others tu. But usually once u dah siap update nanti ur ios files will be deleted sebab dah siap update.

Nak update pape pakai itunes okay?

Harap perkongsian kali ini memberi manfaat dan membantu kotang menyelesaikan masalah tak cukup storage iPhone korang.

 

Sumber: Akeem Sharyzal

The post Bahagian ‘Other’ Dalam iPhone Banyak Makan Memori? Ini Cara Nak Padam ‘Benda’ Yang Tak Penting appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments