2 Bahan Dari Dapur Ini Berkesan Nak Halau Semut Tanpa Guna Racun

Masalah semut yang terlalu banyak dalam kediaman boleh menimbulkan rasa kurang selesa ramai. Mesti ada yang merasa stress apabila segala makanan dihurung semut. Dalam bekas air kosong pun kadang-kadang semut boleh masuk.

Banyak cara yang boleh digunakan bagi menghalau semut di rumah. Antaranya dengan cara mematikan semut menggunakan penyembur racun serangga. Tetapi tidak sesuai pula jika digunakan di bahagian dapur, kawasan yang menempatkan banyak makanan.

Jadi, bagi mereka yang mengalami masalah ini, anda boleh mecuba petua atau tips menghalau semut secara semulajadi seperti yang dikongsikan oleh akaun Tiktok @mysumber.

Video yang meraih satu juta tontonan oleh warganet ini hanya memerlukan dua bahan mudah yang ada di rumah. Bancuh dan semburkan pada laluan semut untuk menghalaunya pergi dari kediaman anda. Selamat mencuba!

@mysumber

Tips nak halau semut tanpa racun 🙂 #fyp #foryoupage #tips #petua #malaysiatiktok #malaysia #tiktoker

♬ Ice Cream (with Selena Gomez) – BLACKPINK

Rata-rata warganet turut berkongsi pendapat masing-masing. Ada yang menggunakan cara sama tetapi mencampurkan bahan lain iaitu sabun pencuci sunlight dan ternyata berkesan menghalau semut di rumah.

Terdapat juga yang memberikan tips lain iaitu menggunakan serbuk kulit kayu manis yang dikatakan juga berkesan menghalau semut. Mungkin anda boleh menggunakan mana-mana petua ini bagi menyelesaikan masalah semut di rumah.

Guna cara sama tapi campur sabun sunlight, semut terus mati dan tak datang lagi

Guna serbuk kayu manis je, semua semut terus lari

Sumber: TikTok mysumber

The post 2 Bahan Dari Dapur Ini Berkesan Nak Halau Semut Tanpa Guna Racun appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments