Wanita Curiga, Terima Notifikasi Pasangan Baru Sahaja Bakar 500 Kalori Pada Jam 2 Pagi Melalui Jam ‘Fitness Tracker’

Dalam setiap hubungan yang terjalin, sudah pasti akan diiringi dengan pelbagai dugaan. Antaranya ialah bersikap tidak jujur pada pasangan. Tambah lagi, dalam hubungan juga penuh dengan persoalan hingga boleh menyebabkan seseorang itu berasa curiga.

Seperti yang terjadi kepada seorang wanita ini. Dia mendakwa bahawa teman lelakinya telah ‘menipu’ melalui jam kecergasan yang dipakai teman lelakinya itu.

Menurut India Times, wanita tersebut mendakwa telah menerima notification pada pukul 2 pagi daripada jam tersebut yang menyatakan bahawa teman lelakinya itu baru sahaja selesai membakar 500 kalori.

Bukan masa yang sesuai untuk bersenam bukan?

Wanita tersebut telah berkongsikan kisahnya itu di platform TikTok dan bercakap tentang bagaimana jam tangan pintar tersebut membantunya mengetahui perbuatan curang pasangannya itu.

Video tersebut memaparkan perincian mengenai bagaimana teman lelakinya pulang pada waktu malam dan dia menerima notification daripada jam kecergasannya itu. Perkara tersebut terbongkar kerana mereka telah selaraskan tetapan pada peranti tersebut bersama.

“Jadi apabila bekas teman lelaki saya pulang dari keluar pada waktu malam, saya bangun pagi dan berfikir, ‘Biar saya buat sarapan’. Dan saya dapat notification pada jam kecergasan saya, jam yang kami selaraskan bersama, bahawa di antara jam 2 dan 3 pagi tadi, dia telah membakar lebih daripada 500 kalori,” katanya dalam video itu.

Dia kemudiannya tersenyum pada kamera dan menolak sarapan tersebut. Gimik tersebut telah membuatkan ramai penonton terfikir tentang apakah yang dibuat oleh teman lelakinya itu.

Videonya telah menjadi tular di media sosial dan dan telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Ada juga yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah memberikan inspirasi kepada mereka untuk mendapatkan jam yang serupa buat pasangan mereka bagi mengetahui sama ada kejadian seperti ini pernah berlaku ke atas mereka atau tidak.

Mereka menggelarnya “pembakaran kalori yang pelik”.

Sumber: India Times

The post Wanita Curiga, Terima Notifikasi Pasangan Baru Sahaja Bakar 500 Kalori Pada Jam 2 Pagi Melalui Jam ‘Fitness Tracker’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments