Wanita Buat ‘Eksperimen’, Tak Kemas Rumah Selama 3 Hari Dan Ini Yang Terjadi

Seorang ibu yang keletihan memutuskan untuk berhenti mencuci pinggan, membasuh pakaian dan berhenti untuk membuat kerja-kerja rumah yang lain.

Kesabaran seorang pengguna Twitter bernama @MissPotkin dikatakan telah sampai ke kemuncaknya, dan disebabkan itu dia memutuskan untuk melakukan mogok pembersihan.

“Dua hari lalu, saya telah memutuskan untuk berhenti mencuci pinggan. Saya siapkan makan malam dan saya sudah terlalu penat untuk membersihkan semuanya. Sejak dari itu, timbunan ini telah muncul dan mereka pasti akan kehabisan sudu, cawan serta pinggan nanti. Siapa yang akan ambil tindakan dulu? Bukan saya,” tulis ciapannya pada Rabu, bersama dengan gambar pinggan mangkuk yang bertimbun di dapur.

Dia menambah bahawa dia juga turut berhenti mencuci pakaian dan menulis, “Ianya mulai banyak. Seluruh tempat bertimbun.”

Tiada tisu di tandas dan beberapa botol sabun turut kosong.

Wanita itu turut berkongsikan video suaminya sedang bekerja keras mengikis bijirin yang telah mengeras dalam sebuah mangkuk.

Dia turut melihat suaminya memuatkan mesin basuh pinggan. Namun begitu, dia sangat kecewa kerana suaminya itu tidak menghidupkan suis mesin membasuh pinggannya itu.

Dia menyatakan bahawa dia sedang menjalankan eksperimen dan menjelaskan bahawa, “Kami tidak hidup seperti ini”. Ini adalah suatu bentuk suara yang ingin didengar dan dihormati serta tidak perlu mengulanginya lagi sekiranya semuanya terjadi seperti ini lagi.

Dia menambah, “saya tahu kita semua penat tetapi saya yang paling letih. Saya. SAYA YANG PALING PENAT.”

Walaupun mesin membasuh pinggan itu tidak dihidupkan, wanita tersebut dapat menarik nafas lega kerana tisu tandas akhirnya muncul jua di tandas.

Ketika wanita itu melihat suaminya menghidupkan mesin membasuh pinggan, dia bertanyakan kepadanya tentang mengapa dia tidak menghidupkannya lebih awal. Suaminya menjawab, “Saya kesuntukan masa.”

Wanita tersebut berasa terkejut ketika suaminya itu memintanya untuk tidak melangkah masuk ke dapur kerana ‘dapur sedang berselerak’ dan mula membersihkannya.

Akhirnya, setelah tiga hari tidak melakukan kerja rumah, dia mengumumkan, “Itulah yang berlaku” dengan emoji hati, namun, dia menambah bahawa dia tidak akan melakukan eksperimen seperti itu lagi.

“Kami menjaga dan mengemas rumah kami sebab kami sayang. Kami masak makanan dan mengatur meja serta menyemburkan wangian dengan aroma ros dan mencuci pakaian kami sebab kami sayang. Sayang itu adalah kesabaran tetapi sayang juga terlalu penat kerana dia bekerja selama 14 jam sehari,” tulisnya.

Sumber: Timesnownews.com

The post Wanita Buat ‘Eksperimen’, Tak Kemas Rumah Selama 3 Hari Dan Ini Yang Terjadi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments