Viral Gambar Kapal ‘Terapung’, Lelaki Ini Jelaskan Fenomena ‘Fatamorgana’ Yang Ramai Tak Tahu

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa foto tular memaparkan situasi kapal di laut yang kelihatan seakan terapung di udara.

Keadaan itu sangat mengejutkan sebilangan ramai warganet sehinggakan ada yang terpaksa ‘menggosok mata’ berkali-kali bagi mengesahkan apa yang mereka lihat itu adalah benar, bukan ilusi.

Sementara itu dalam situasi lain, pernahkah anda terlihat satu kawasan seakan lopak/takungan air di tengah-tengah jalan yang panas terik?

Tahukah anda, fenomena ini dipanggil sebagai Fatamorgana sebenarnya. Mari ikuti penjelasan daripada sudut saintifik oleh warganet Omen Necrofis di bawah ini.

Fenomena ‘Fatamorgana’

Gambar: Facebook

Fenomena Fatamorgana adalah biasa terjadi di kawasan yang sangat luas seperti padang pasir (gurun) dan lautan.

Ia adalah fenomena optik di mana berlaku biasan cahaya pada kawasan berkepadatan udara yang berbeza akibat suhu panas.

Lebih merupakan ilusi yang menampakkan objek seolah-olah terapung di awan yang membiru.

Jika di kawasan gurun, fatamorgana menyebabkan kita nampak seolah-olah wujud kawasan lopak air atau kawasan seperti bandar/kampung terawang-awangan di udara. 

Gambar: Facebook

Langit menjadi ‘cermin’ terhadap objek di bawahnya yang berada jauh daripada kedudukan si pemerhati.

Nota: Mungkin fenomena ini dapat menerangkan kenapa kapal-kapal ini seolah-olah terapung di udara. Harapnya ia bukanlah gambar yang telah disunting. Gambar daripada netizen dan Google.

Omen Necrofis
3.3.21

Gambar: Facebook

Sumber: Omen Necrofis

The post Viral Gambar Kapal ‘Terapung’, Lelaki Ini Jelaskan Fenomena ‘Fatamorgana’ Yang Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments