(Video) Wanita Pandu Kereta Dalam Rakaman ‘Mengelirukan’ Seakan ‘Bergerak’ Di Atas Awan

Jika sebelum ini tular video sebuah kapal seakan sedang terbang, kali ini video hampir serupa turut mendapat perhatian di Internet.

Video dikongsikan Hannah Colby, 22, yang menunjukkan dia sedang memandu jeep sambil ‘membelah awan’ telah menarik lebih 7 juta tontonan di TikTok, lapor Daily Mail.

Dalam video itu, kelihatan gadis itu melambaikan tangannya ke luar tingkap seolah menikmati keindahan awan.

Situasi itu membuatkan orang ramai mengaitkannya dengan babak di dalam filem Harry Potter, tulis portal itu.

Bagaimanapun, setelah beberapa saat, kelihatan gambaran sebenar kenderaaan tersebut yang sebenarnya sedang meluncur di atas jalan raya dengan pemandangan dari atas gunung yang tinggi.

Lapor Daily Mail, video itu telah dirakam ketika remaja berkenaan bercuti di Gunung Haleakala, Maui, Hawaii pada 20 Februari lalu.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Wanita Pandu Kereta Dalam Rakaman ‘Mengelirukan’ Seakan ‘Bergerak’ Di Atas Awan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments