(Video) Tak Tahu Pakai ‘Ilmu’ Apa, Lelaki Selamba Usap Dagu & Gigi Aligator Ganas Ini

Siapa yang tidak takut dengan buaya kan? Reptilia ini sering dikaitkan dengan sifatnya yang ganas dan mampu membunuh.

Bercerita tentang buaya, kita baru sahaja menerima khabar berita dari Sarawak tentang kemunculan seekor buaya gergasi yang dilapor ditangkap setelah termakan umpan ayam di Sungai Meranek di sana.

Saiz badannya yang besar dan dipercayai hampir menyamai ‘moyangnya’, Bujang Senang, maka buaya gergasi itu diberi nama Bujang Hitam.

Baca: Viral Foto Bujang Hitam, Buaya Gergasi Seberat Setengah Tan, Dipercayai Ditangkap Di Sg. Meranek, Sarawak

Berbalik kepada isu reptilia ganas ini, mungkin kita tidak lupa juga kepada ‘saudaranya’ yang sama spesies, iaitu aligator.

Pernahkah kita mendengar suara aligator mendengus? Jika belum, video di bawah ini akan menunjukkannya kepada anda.

Hati-hati, suaranya memang buat kita kecut perut mendengarnya.

Video ini dikongsikan di laman Twitter Nature is Brutal dan telah ditonton oleh warganet sebanyak hampir 90,000 kali.

Walaupun buaya dan aligator adalah spesies yang sedikit berbeza, namun ciri-ciri fizikal keseluruhannya hampir sama.

Mentang-mentanglah lelaki sering disamakan dengan buaya, ‘mamat’ dalam video ini selamba saja membelainya. Kawan agaknya kot?

Sumber: Twitter Nature is Brutal

The post (Video) Tak Tahu Pakai ‘Ilmu’ Apa, Lelaki Selamba Usap Dagu & Gigi Aligator Ganas Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments