(Video) Sibuk Nak Bergaduh Sampai Bising, Kucing Putih Ni ‘Pasrah’ Tidurnya Terganggu

Satu video berkenaan dua ekor kucing sedang ‘bertikam lidah’ telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan dua ekor kucing yang berwarna putih dan kelabu seakan sedang bergaduh mulut diantara satu sama lain.

Lebih melucukan lagi apabila kelihatan seakan seekor kucing yang berwarna putih yang berada di belakang hanya mahu tidur secara aman sahaja.

Namun waktu tidurnya itu telah diganggu oleh kawannya yang sedang bergaduh bising di hadapannya.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih satu juta kali oleh warganet.

Sumber: @AnimalsWorld

The post (Video) Sibuk Nak Bergaduh Sampai Bising, Kucing Putih Ni ‘Pasrah’ Tidurnya Terganggu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments