(Video) Serpihan Meteor Dilapor Lintasi Langit AS, Kelajuan Direkodkan 42,000 Batu Per Jam Sehingga Gegarkan Bangunan

Satu meteor dilaporkan telah melintasi langit di utara Vermont, Amerika Syarikat, dengan begitu pantas sehingga menggegarkan bangunan.

Menurut Mirror.co, meteor itu yang dinamakan oleh NASA sebagai ‘bunga api kecil’ direkodkan dengan kelajuan 42,000 batu per jam.

Serpihan meteor itu disaksikan oleh orang ramai kira-kira pada jam 5.38 petang waktu tempatan pada Ahad lalu ketika ia menerobos langit ketika matahari mulai terbenam.

‘Bola api’ itu bergerak jauh ke atmosfera dan memperlihatkannya meletup.

“Kira-kira 30 batu ke atas, perbezaan tekanan antara depan dan belakang melebihi kekuatan strukturnya.

“Meteor itu berpecah dengan ganas, menghasilkan gelombang tekanan yang menggegarkan bangunan dan menghasilkan bunyi yang dapat didengar,” kata NASA.

Satu kenyataan awal oleh NASA mengatakan analisis laporan menunjukkan meteor pertama kali dilihat pada ketinggian 52 batu (84 kilometer) di Mount Mansfield State Forest.

Ia kemudian bergerak ke timur laut sebelum melintasi 33 batu (53 kilometer) melalui atmosfera atas.

Sumber: Mirror.co

The post (Video) Serpihan Meteor Dilapor Lintasi Langit AS, Kelajuan Direkodkan 42,000 Batu Per Jam Sehingga Gegarkan Bangunan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments