(Video) Seram & Gayat, Ini Rupanya Cara Operator Naik Menara Kren Sampai Atas

Setiap orang pasti pernah melihat menara kren yang kebiasaannya terletak di kawasan pembinaan.

Pun begitu, pasti ramai yang tidak tahu bahawa menara kren itu juga sebenarnya dikendalikan oleh operator.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Emy di TikTok, beliau berkongsikan suasana di atas menara kren tersebut.

Emy berkongsi video tersebut setelah seorang pengikutnya di TikTok bertanya bagaimana dia menaiki kren itu sampai ke atas.

Dihubungi SK, Emy berkata bahawa dia telah bekerja sebagai operator menara kren itu selama empat tahun.

@emy.ganu

Balas kepada @amirull__68 maaf boss..tak tahu nk ltak lgu ap dekat vdeo ni😅😅#fyp #tiktokmalaysia

♬ bunyi asal – Emy ganu🤗 – Emy ganu🤗

Menurutnya, operator bertanggungjawab untuk mengawal kren tersebut agar semuanya berjalan lancar.

“Yang paling penting keselamatan tu, kalau barang tu salah gantung atau barang terlebih dari had, jangan gantung naik,” katanya kepada SK.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana setakat ini belum ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Alhamdulillah, setakat ini tak ada lagi perkara yang buruk berlaku,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang merasa gerun dan ‘seram sejuk’ melihat video itu.

Sumber: Emy Ganu

The post (Video) Seram & Gayat, Ini Rupanya Cara Operator Naik Menara Kren Sampai Atas appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments