(Video) Sangka Seperti Kamera, Ini Rupanya ‘View’ Sebenar Dalam Alat Ukur Tanah

Pasti ada di antara anda yang pernah melihat individu atau kumpulan yang seakan sedang merakam sesuatu di tepi jalan dengan menggunakan alat yang kelihatan seperti kamera.

Ada juga yang akan tersenyum lebar semasa melihat alat itu kerana menyangkakan bahawa ia merakam gambar.

Pun begitu, ia sebenarnya alat pengukur tanah atau dipanggil sebagai topcon total station.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Afif Dzakirin di TikTok, beliau berkongsi kepada orang ramai mengenai view yang dapat dilihat di dalam alat tersebut.

@afifdzakirin

Reply to @zurich810 semoga tahun 2021 tak tertipu lagi 😂 #fyp #fypシ #surveyor

♬ original sound – Laila Qurby – Laila🎸🅰xel`0807

Menurutnya, alat itu digunakan untuk mengukur jarak dengan tepat, ia juga boleh mengukur sehingga lebih 500 meter.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat video itu.

Sumber: Afif Dzakirin

The post (Video) Sangka Seperti Kamera, Ini Rupanya ‘View’ Sebenar Dalam Alat Ukur Tanah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments