(Video) Rakun Gelabah Dan Kalut Mencari, Gula Kapas ‘Dibasuhnya’ Tiba-Tiba Hilang

Satu rakaman yang menunjukkan telatah seekor rakun bersama dengan gula-gula kapas telah menjadi tular di media sosial.

Rakaman tersebut bermula dengan rakun berkenaan ambil sepotong gula-gula kapas yang diletakkan di atas batu.

Selepas mengambil gula-gula kapas itu, rakun tersebut cuba membawanya ke dalam air.

Namun kerana sifat gula-gula kapas yang cair selepas terkena air, gula-gula kapas yang diambil rakun tersebut terus lesap daripada genggamannya.

Rakun tersebut kemudiannya dilihat seakan menggelabah dan terkapai-kapai mencari gula-gula kapasnya yang hilang itu namun tidak dijumpai.

Pun begitu, menerusi video kedua yang dikongsikan, rakun itu berjaya juga menikmati gula-gula kapas tersebut selepas belajar daripada kesilapannya yang pertama tadi.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 100 ribu kali oleh warganet.

Sumber: @AnimalsWorld

The post (Video) Rakun Gelabah Dan Kalut Mencari, Gula Kapas ‘Dibasuhnya’ Tiba-Tiba Hilang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments