(Video) “Pembunuhan Yang Kejam,” Gelagat Dua Merpati Tolak ‘Member’ Jatuh Ke Landasan Sesaat Sebelum Kereta Api Melintas

Satu rakaman ‘mengerikan’ yang memaparkan dua ekor burung merpati seolah-olah mendorong dan menolak rakannya ke arah kereta api telah menjadi tular.

Seorang pengguna TikTok bernama J-dog dan rakan-rakannya terkejut selepas menyaksikan ‘pembunuhan’ yang kejam itu ketika mereka sedang menunggu kereta api di platform.

Video tersebut menunjukkan dua ekor burung yang ‘jahat’ memaksa burung lain untuk berjalan sehingga ke tepi platform dan akhirnya melompat ke arah kereta api yang sedang bergerak.

Pengguna TikTok dan rakan-rakannya dapat didengari menjerit-jerit kerisauan di belakang kamera: “Tidak! Biar betul burung merpati ini! Oh Tidak!”

Sejurus selepas kereta api itu menghampiri mereka, kedua-dua burung itu terbang dan meninggalkan tempat kejadian. ‘Mangsa’ telah terjatuh ke trek dan tampak seperti dilanggar oleh kereta api tersebut.

Kejadian itu telah membuatkan para penonton terkejut kerana ramai yang percaya bahawa mereka baru sahaja ‘menyaksikan pembunuhan’.

Video tersebut lantas menjadi tular. Menurut Daily Star, video itu telah ditonton lebih 8 juta kali.

Sumber: Daily Star

The post (Video) “Pembunuhan Yang Kejam,” Gelagat Dua Merpati Tolak ‘Member’ Jatuh Ke Landasan Sesaat Sebelum Kereta Api Melintas appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments