(Video) Peluru Vs Kapak, Rupanya Ini Yang Terjadi Bila Peluru Ditembak Tepat Pada Mata Kapak Yang Tajam

Tak dapat dinafikan, senjata api merupakan antara senjata paling berbahaya di dunia. Dengan kecepatan pelurunya, mustahil untuk kita melihat ia bergerak di udara melainkan selepas ia memberi impak kepada sasaran.

Menurut laman Explain That Stuff, peluru boleh bergerak pada kelajuan sekitar 1,080 km/j sehingga 3,000 km/j, bersama momentum yang tinggi untuk memusnahkan sasaran.

Namun, bagaimana jika peluru dengan kelajuan itu bertembung dengan mata kapak yang mempunyai permukaan yang tajam? Adakah peluru itu akan terbelah atau mata kapak itu yang ‘berlubang’?

Berdasarkan video eksperimen dikongsikan Slow Motion Videos, dua lelaki telah melepaskan satu tembakan ke arah sebuah kapak yang berdiri tegak. Sebaik sahaja peluru mengenai mata kapak, ia terbelah atau tersepih kepada tiga bahagian sebelum mengenai belon yang dilekatkan pada papan di belakang.

Dipercayai hasil impak peluru, kelihatan mata kapak yang bersifat keras itu bergoyang seakan sekeping besi yang ‘fleksibel’.

Tonton videonya di bawah.

Sumber: Slow Motion VideosExplain That Stuff

The post (Video) Peluru Vs Kapak, Rupanya Ini Yang Terjadi Bila Peluru Ditembak Tepat Pada Mata Kapak Yang Tajam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments