(Video) Ngeri, Mungkin Ramai Tak Pernah Tengok, Begini Rupanya Cara Ular Sawa Panjat Pokok

Ular adalah sejenis haiwan liar yang paling ditakuti ramai. Bukan sahaja kerana keganasannya yang mampu membunuh, malah gerak-gerinya pun sudah cukup untuk buat kita kecut perut.

Banyak terjadi di negara kita, kes-kes seperti ular menceroboh masuk ke dalam kediaman tanpa disedari. Sudahnya, penyelamat pertama yang pasti dihubungi adalah ‘abang bomba’.

Biasanya ular yang sering dilaporkan ‘termasuk’ ke rumah orang ini adalah daripada jenis ular sawa. Sudah namanya ular sawa, mestilah yang buat kita takut adalah saiznya yang besar dan boleh membelit kita.

Pernahkah anda lihat bagaimana ular sawa yang besar itu boleh memanjat pokok atau binaan seperti tiang? Macam mana ye ada kes terjadi ular sawa boleh ‘ciluk’ masuk ke rumah yang tinggi? Mungkin video ini akan membuka mata anda.

Kalau anda tinggal di perumahan jenis pangsa, pangsapuri dan kondominium di tengah-tengah bandar yang jauh dari habitatnya, mungkin akan selamat, InsyaAllah.

Tapi jika rumah anda di kawasan berhampiran hutan, kena hati-hati. Ular biasanya akan keluar dari ‘persembunyian’ mereka dipercayai mungkin untuk ‘cari makan’.

Kalau pokok kelapa pun ia boleh panjat dengan mudah, apalah sangat dengan binaan rumah tinggi di kawasan-kawasan berisiko.

Mari tonton satu lagi video di bawah ini, bagaimana reptilia ‘Pak Anjang’ ini memanjat pokok yang tinggi.

Sebagai langkah keselamatan, sekiranya rumah anda ‘diceroboh’ ular, cepat-cepatlah hubungi pihak bomba atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Jangan sesekali bertindak sendiri jika tiada langsung kemahiran tentangnya, bimbang berlaku masalah tidak diingini pula nanti.

Sekarang, risau tak dengan ular sawa? Hati-hati ya. Jenguk-jenguk sikit dapur tu..

Sumber: Twitter Nature is Metal / Youtube

The post (Video) Ngeri, Mungkin Ramai Tak Pernah Tengok, Begini Rupanya Cara Ular Sawa Panjat Pokok appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments