(Video) Mungkin Ramai Tak Tahu, Rupanya Kapal Terbang Juga Ada Hon & Ini Bunyinya

Seperti yang diketahui, semua kenderaan sememangnya mempunyai hon yang sangat berfungsi ketika di atas jalan raya.

Pun begitu, bagaimana pula dengan kapal terbang? Adakah pengangkutan awam itu juga mempunyai hon?

Bagi yang masih tidak tahu, kapal terbang juga sebenarnya mempunyai satu butang yang berfungsi sama seperti hon.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh KLM Royal Dutch Airlines, butang kecil yang dipanggil Ground Call itu berada di panel overhead berhampiran suis yang digunakan untuk menghubungi petugas kabin.

Namun, ia tidak digunakan sewenang-wenangnya termasuk ketika berada di udara.

Ia digunakan ketika kecemasan seperti bagi mendapat perhatian seseorang yang beredar di landasan atau ketika proses penyelenggaraan.

Nak tahu macam mana bunyi hon kapal terbang, jom tengok video di bawah ini.

 

 

Sumber: KLM Royal Dutch Airlines

The post (Video) Mungkin Ramai Tak Tahu, Rupanya Kapal Terbang Juga Ada Hon & Ini Bunyinya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments