(Video) Mulanya Bingung, Reaksi Kanak-kanak Menangis Pertama Kali Tengok Bayang-bayang Sendiri Jadi Viral

Dalam fasa membesar, kanak-kanak cenderung untuk melakukan sesuatu yang tidak terjangka.

Mereka juga kebiasaannya akan teruja meneroka atau mengetahui sesuatu yang baru.

Pun begitu, berbeza dengan reaksi kanak-kanak lelaki ini yang pertama kali melihat bayang-bayangnya sendiri.

Menerusi video yang tular di Twitter, dia pada awalnya dilihat sangat kebingungan dan selepas itu menangis kerana takut melihat bayang-bayangnya.

Reaksinya itu membuatkan ramai warganet terhibur dan sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 1 juta tontonan di Twitter.

Sumber:_bintnoor

The post (Video) Mulanya Bingung, Reaksi Kanak-kanak Menangis Pertama Kali Tengok Bayang-bayang Sendiri Jadi Viral appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments