(Video) Mikrofon Dipercayai ‘Meletup’ Ketika Syok Karaoke, Lelaki Rebah ‘Serta-Merta’

Malang tidak berbau, seorang lelaki di Indonesia berdepan detik ngeri apabila mikrofon di tangannya didakwa mengalami litar pintas dan meletup.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook IKki, pada awalnya lelaki berkenaan kelihatan mahu memulakan nyanyian dipercayai secara berkaraoke bersama temannya.

Bagaimanapun entah apa puncanya, tiba-tiba mikforon tersebut dipercayai meletup serta-merta. Terpancar percikan-percikan api sepantas kilat di lokasi kejadian.

Tangkap layar video berkenaan yang tular di media sosial.

Letupan tersebut sekaligus mengakibatkan lelaki berkenaan terbaring, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan ada mengalami sebarang kecederaan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, penelitian ke atas video tersebut memperlihatkan mangsa masih mampu bergerak selepas insiden itu berlaku.

Serentak dengan letupan itu, temannya yang duduk di sebelah terus bangun menyelamatkan diri. Mujur dia tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma riak wajahnya yang terkejut jelas terpancar.

Berdasarkan keterangan pada video berkenaan, ‘letupan’ itu didakwa berpunca daripada mikrofon itu sendiri.

Namun tidak pasti pada waktu bila dan di mana lokasi kejadian berlaku, video ini telah tular ke serata media sosial. Rata-rata warganet terkejut dan turut bersedih atas kemalangan yang berlaku.

Sumber: Facebook, YoutubeSuara Jogja

The post (Video) Mikrofon Dipercayai ‘Meletup’ Ketika Syok Karaoke, Lelaki Rebah ‘Serta-Merta’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments