(Video) Mengaku Masakan Sendiri Tak Sedap, Bapa Berselera Jamah Masakan Anak Sambil Puji Sedap, Bikin Tersentuh

Seorang ayah sering menjadi penyokong dan pendokong buat anaknya. Biarpun masing-masing ada kekurangannya tersendiri, kasih sayang ayah terhadap si anak tetap utuh selagi dirinya masih bernyawa.

Seperti perkongsian seorang gadis bernama Mita di Tiktok, jelas kelihatan kasih sayang si ayah terhadap anak perempuannya apabila dia tetap menjamah makanan dimasak gadis itu di saat orang lain tidak sudi.

Video itu telah mendapat lebih 7 juta tontonan dan 1.4 juta tanda suka sejak dikongsikan empat hari lalu.

Dalam video berkenaan, Mita menjelaskan dia telah memasak mi goreng untuk keluarganya di rumah. Namun, disebabkan rasanya agak tawar, maka tiada seorang pun yang sudi menghabiskan mi tersebut selain ayahnya.

Malah, si ayah turut memuji masakan anaknya itu sambil menikmati mi tersebut dengan berselera sekali. Bagaimanapun, apabila dirasa sendiri, Mita mengakui masakan itu tawar sepertimana dikatakan oleh ahli keluarganya yang lain.

“Bapak ialah satu-satunya orang yang kata masakanku tak pernah tak sedap.”

@dsmitaaa

sayang banget luvvvv💖💖#fyp

♬ original sound – alsa – alsa

Video itu telah membuatkan para penonton tersentuh dengan penghargaan ditunjukkan si ayah kepada anaknya.

Ayah akan sentiasa menjadi cinta pertama anak perempuannya

Rindu ayah

Pujian seorang ayah amat berpengaruh dalam kehidupan anak perempuannya

Sumber: @dsmitaaa

The post (Video) Mengaku Masakan Sendiri Tak Sedap, Bapa Berselera Jamah Masakan Anak Sambil Puji Sedap, Bikin Tersentuh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments