(Video) Mendebarkan, Rakaman Dipercayai Situasi Amaran Tsunami Di New Zealand Berlegar Di Media Sosial

Semalam New Zealand dikejutkan dengan beberapa amaran tsunami yang dijangka bakal membadai wilayah utara negara pulau itu pada bila-bila masa.

Menurut laporan, tiga gelombang gempa bumi telah dikesan di perairan sekitar Pulau Kermadec setakat ini dengan bermagnitud 7.3, 7.4 dan 8.1 pada skala Ritcher.

Difahamkan, sejumlah ratusan  penduduk di kawasan berhampiran diarahkan berpindah ke lokasi lebih selamat.

Sehubungan itu, terdapat beberapa video tular di media sosial, dipercayai dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Amaran tsunami yang dibunyikan melalui siren bergema kuat di sekitar persisiran pantai.

Amaran tersebut memaksa ribuan penduduk di sana untuk keluar dan berpindah ke tempat yang dipercayai lebih selamat.

Ini rakaman suasana dipercayai ketika penduduk dalam proses untuk dipindahkan selepas gelombang kedua gempa bumi dikesan dengan bermagnitud 7.5 pada skala Ritcher.

Dalam masa sama, ada warganet lain yang mungkin dipercayai penduduk di sana turut memuat naik rakaman proses evakuasi selepas gelombang kedua dikesan.

Amaran tsunami ini mendapat liputan daripada media-media tempatan dan antarabangsa.

Sumber: Twitter / The Guardian

The post (Video) Mendebarkan, Rakaman Dipercayai Situasi Amaran Tsunami Di New Zealand Berlegar Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments