(Video) “Mati-Mati Ingat Perempuan Lain,” Suami Takut Dipeluk Maskot, Rupanya Si isteri Buat Kejutan

Siapa yang tak suka kalau diberi hadiah ‘suprise’ kan? Selalunya para suami yang selalu beri kejutan pada isteri. Ya la, isteri mana yang tidak suka kalau diberi kejutan kan, tambah-tambah lagi pemberian ikhlas daripada suami tercinta.

Kali ini lain pula kisahnya, seperti perkongsian di Tiktok D_Mass, apabila isteri datang ke tempat kerja suami dan beri kejutan paling istimewa.

Si isteri memberi kejutan dengan memakai baju kostum maskod sebagai Minnie Mouse. Tetapi apa yang mencuri perhatian warganet, lelaki ini sungguh-sungguh ingin mengelak diri daripada dirangkul wanita tersebut.

@d_mass

Balas kepada @bara._api

♬ bunyi asal – Masss – Masss

Lucunya, suami ini masih tidak perasan bahawa di dalam maskod tersebut adalah isterinya, apabila diajak untuk bergambar sambil berpeluk lelaki ini mengelak benar-benar membuatkan ramai yang terhibur.

@d_mass

Part 2.Alhamdulillah.. 💕💕❤❤❤

♬ original sound – Zarra Riana – Zarra Riana

Beralih pada ruangan komen rakaman video ini, ramai yang memberi pujian kepada sang suami kerana menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain selain isterinya.

 

Sumber: D_mass

The post (Video) “Mati-Mati Ingat Perempuan Lain,” Suami Takut Dipeluk Maskot, Rupanya Si isteri Buat Kejutan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments