(Video) “Mainlah Elok-Elok, Jangan Kacau Orang..,” Lelaki Rakam Buaian ‘Berbuai’ Sendiri Bikin Seram

Kisah seram sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan manusia kerana masyarakat kita sendiri juga terdedah dengan cerita-cerita mistik yang berlaku di sekeliling kita semua.

Hari ini tular satu rakaman video daripada seorang pengguna Facebook yang mendakwa buaian di tapak permainan taman perumahannya bergerak sendiri sekakan ada ‘benda’ sedang bermain di situ.

Video yang berdurasi lebih satu minit ini menunjukkan sebuah buaian sahaja bergerak, yang lainnya tidak bahkan tiada angin dan pokok bergoyang pun.

“Amboi seronok main buai, takpe lah kita ni semua makluk Allah juga. Mainlah elok-elok jangan kacau orang sudah. Mungkin teringin kot nak main, petang-petang ramai…”

Korang boleh tonton video ini menerusi link ini.

https://www.facebook.com/wan.nawi.98/videos/1328747984173374

Menurut lelaki ini, kejadian tersebut berlaku pada 4 petang ketika tidak ada orang datang bermain di kawasan tersebut.

 

Sumber: Wan Nawi via Kelab Cerita Hantu

The post (Video) “Mainlah Elok-Elok, Jangan Kacau Orang..,” Lelaki Rakam Buaian ‘Berbuai’ Sendiri Bikin Seram appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments