(Video) Lelaki Hanya Mampu Meraung, Dakwa Akuarium Kena Sabotaj, Lebih 100 Anak Ikan Laga Mati Sebelum Sempat Dijual

Seperti yang diketahui, memelihara ikan laga bukan sahaja dijadikan sebagai hobi malah boleh menjadi sumber pendapatan juga.

Manakan tidak, kini ramai yang ‘berebut’ untuk membeli ikan laga tersebut walaupun dengan harga yang sangat tinggi.

Bukan mudah untuk menternak ikan laga terutama ketika fasa untuk membiakkan haiwan itu, banyak yang perlu dijaga.

Menerusi perkongsian video Tajul Afif di TikTok, dia yang menternak anak ikan laga atau betta meluahkan kekecewaan selepas semua anak ikan di dalam akuarium miliknya mati.

Tajul yang teleh menternak ikan laga sejak Disember tahun lalu itu mendakwa bahawa anak ikan laganya telah disabotaj.

@tajul953

aku kekadang tak tidur tuk buat semua ni .. knp ye 😭#bettafishmalays #lamogabetta #betta_lover #fyp

♬ original sound – ezzaqherry🐊lacoste – ezzaqherry🐊lacoste

Menurutnya, anak ikan laga yang pada awalnya diletakkan di bahagian hadapan, dipindahkan ke belakang rumah setelah disuruh oleh bapanya.

Dia sebelum ini sentiasa memerhatikan ikan itu pada setiap hari tetapi sebelum kejadian, dia tidak sempat untuk melihat ikan itu kerana sibuk menjual makanan ikan.

“Ada anak ikan yang dimasukkan ke dalam akuarium, sehari sebelum jadi tu saya memang tak sempat nak tengok sebab saya dah start jual makanan ikan laga ini, saya minta isteri saya untuk melihat ikan itu dan berikan makanan” katanya kepada SK.

Keesokan harinya, dia bangun dari tidur dan tergerak hati untuk pergi ke belakang rumahnya dan terkejut melihat air di dalam akuarium itu sudah kotor dan anak ikan laga terapung.

“Termenung, tension, kecewa dan geram, ia adalah hasil penat lelah saya dari bulan 12.

“Anak ikan semua saya crossbreed, harganya dianggarkan melebihi RM100 hingga RM1000, ada lebih 100 ekor anak ikan dalam satu spawn (bekas ikan),” katanya.

Tambahnya, dia kecewa kerana ada satu bulan sahaja lagi untuk membolehkannya menjual ikan di dalam akuarium itu.

Dia juga melakukan bisnes itu bagi menampung kehidupannya bersama isteri dan anak-anak.

“Kepada breeder yang lain, jangan merasa tidak senang jika ada breeder yang jual ikan murah kerana mungkin induk yang mereka dapat lebih murah, rezeki kita Allah dah tetapkan, sokonglah sesama breeder,” katanya.

Dalam pada itu, Tajul juga menasihatkan pada joy bidder agar jangan tawar- menawar jika tidak serius kerana dia dan breeder yang lain bersusah payah mencari rezeki yang halal untuk keluarga masing-masing.

Sumber: Tajul Afif

The post (Video) Lelaki Hanya Mampu Meraung, Dakwa Akuarium Kena Sabotaj, Lebih 100 Anak Ikan Laga Mati Sebelum Sempat Dijual appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments