(Video) Kelibat Sosok Wanita Misteri Ketika Operasi Pencarian Mangsa Lemas Gemparkan Penduduk

Pencarian penunggang motosikal yang terjatuh bersama keluarganya di jambatan Tukad Petanu, Ubud, Gianyar, Bali, iaitu Ni Komang Ayu Ardani (37), sehingga Isnin dilaporkan belum lagi membuahkan hasil.

Kini bahkan muncul pula peristiwa tular yang menyusul yang membabitkan sosok seorang wanita berambut panjang di tengah sungai yang dikatakan ‘keras’ oleh warga setempat.

Penampakan sosok wanita tersebut telah menggemparkan warga setempat yang datang ke lokasi pencarian untuk melihat proses pencarian serta warganet yang menyaksikannya melalui rakaman video yang tular di media sosial.

Penampakan wanita itu dikaitkan dengan keadaan di sekitar lokasi yang diketahui sebagai ‘keras’. Malah penduduk setempat ada menyatakan bahawa hampir setiap tahun ada sahaja orang yang mati di lokasi pencarian tersebut kerana kemalangan.

Dari hasil carian, kejadian itu berlaku pada hari Sabtu (20/3/2021). Wanita berambut hitam panjang itu muncul di tengah-tengah pasukan pencari dan menyelamat yang sedang mencari mangsa di sungai Tukad Petanu.

Dalam video tersebut, wanita itu hanya memakai baju berwarna hitam, tidak berpakaian seragam seperti petugas yang terlibat dalam proses pencarian tersebut. Dia dilihat berjalan di sepanjang tebing sungai sambil memegang batu.

Misteri penampakan wanita di sungai Tukad Petanu itu walau bagaimanapun terjawab selepas disahkan dari Ketua Basarnas Bali, Gede Darmada. “Dia adalah tetamu (warganegara asing) yang kebetulan tinggal berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Wanita itu dilaporkan berasal daripada Mexico. Oleh kerana dia tinggal berdekatan lokasi pencarian dan memahami seluk-beluk sungai Tukad Petanu, dia telah mengambil inisiatif untuk turut mencurahkan tenaga dalam operasi pencarian tersebut.

Menurut Darmada, operasi pencarian telah dibesarkan hingga ke tiga kecamatan yang melintasi sungai Tukad Petanu. Air sungai itu sangat deras dan dipenuhi dengan batu.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Ayu Ardanu telah terjatuh ketika menunggang motosikal bersama dua orang. Mangsa Ni Ketut Rindit (55), ibu kandung Ardani, ditemui meninggal dunia. Hanya Putu Kevin Rmansa (9), anak Ardani, yang dilaporkan terselamat daripada kejadian itu.

Sumber: Oke News

The post (Video) Kelibat Sosok Wanita Misteri Ketika Operasi Pencarian Mangsa Lemas Gemparkan Penduduk appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments