(Video) Ingatkan Lupa Nak ‘Flush’ , Lelaki Terkejut Rupa-rupanya Ular Tedung ‘Jenguk’ Dari Mangkuk Tandas

Seorang lelaki di Kemboja terkejut setelah melihat seekor ular tedung yang ‘mengintai’ dari dalam mangkuk tandasnya, lapor Daily Mail.

Ray Sopha pada awalnya menyangka bahawa pengguna sebelumnya tidak mencuci tandas dengan betul di rumahnya di kampung Phsar Prom, Pailin.

Namun, mujurlah dia dengan cepat menyedari bahawa ia sebenarnya ular berbisa yang sedang ‘bersantai’ di dalam mangkuk tandas itu.

Menerusi video yang dirakam pada 3 Mac lalu, kepala ular itu tiba-tiba muncul dan dapat dilihat beberapa kali mengeluarkan lidahnya.

Ray bergegas keluar untuk meminya pertolongan sebelum beberapa orang saudaranya bersetuju untuk mengeluarkan haiwan itu.

Pun begitu, selepas mereka masuk semula ke tandas, ular tedung itu tidak kelihatan walaupun pemeriksaan menyeluruh sudah dilakukan di dalam rumah.

Mereka mengatakan bahawa tidak menggunakan tandas itu sejak kejadian tersebut.

“Kami telah menggunakan tandas lain di rumah ini sejak minggu lalu. Kami tidak akan kembali ke tandas itu sehingga kami yakin ular tersebut tidak akan kembali.

“Saya lega kerana melihat makhluk itu sebelum menggunakannya.

“Saya hanya melihat perkara seperti itu berlaku di TV, saya tidak pernah menyangka perkara itu berlaku pada saya dalam kehidupan sebenar,” katanya.

Menurut Daily Mail, terdapat tiga jenis ular tedung yang didapati di Kemboja iaitu King Cobra, Thai Spitting Cobra dan Monocled Cobra.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Ingatkan Lupa Nak ‘Flush’ , Lelaki Terkejut Rupa-rupanya Ular Tedung ‘Jenguk’ Dari Mangkuk Tandas appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments