(Video) Ingat Nak Kahwin Lagi, Reaksi Isteri Bila Dapat ‘Surprise’ Dari Suami Buat Netizen ‘Pecah Perut’

Kalau dah namanya isteri, pasti akan teruja apabila mendapat kejutan istimewa daripada si suami tidak kisahlah sekecil mana sekalipun. Asalkan ikhlas, pemberian dari suami tercinta diterima dengan hati yang ‘berbunga’.

Seperti perkongsian di Facebook oleh Azuan Noor mengenai seorang suami yang memberikan kejutan buat isterinya. Reaksi spontan si isteri apabila menerima kejutan ternyata membuatkan ramai yang pecah perut.

Video berdurasi lebih kurang dua minit itu menunjukkan si suami menulis di atas dua helaian kertas berasingan iaitu perkataan ‘yes’ atau ‘no’ untuk dipilih oleh isterinya.

Dia meletakkan dua jenis hadiah mewakili perkataan tersebut iaitu sekeping not RM50 dan sebentuk cincin emas di dalam kotak sebelum meminta isterinya memilih antara kedua-dua perkataan tersebut.

Isterinya kelihatan terkejut ketika diminta berbuat demikian dan ‘marah’ dengan kelakuan suaminya yang merakam dirinya secara tiba-tiba.

Dialog antara kedua-dua pasnagan suami isteri ini ternyata membuatkan ramai yang geli hati dan tak mampu menahan ketawa sehingga menjadi tular di media sosial.

Manakan tidak, ianya telah meraih 10 ribu tanda suka, 20 ribu perkongsian dan hampir 9 ribu komen oleh warganet hanya dalam tempoh sehari dimuatnaik. Memang pasangan yang sangat ‘sporting’ dan kelakar habis!

Pilih la, nak ‘yes’ ke ‘no’?

Hadiohhh untuk bini…..Hahahahahahahahah jare² sweet kenoo jerekohhhhh aku🤣🤣🤣🤣

Posted by Azuan Noor on Wednesday, March 3, 2021

Sumber: Facebook Azuan Noor

The post (Video) Ingat Nak Kahwin Lagi, Reaksi Isteri Bila Dapat ‘Surprise’ Dari Suami Buat Netizen ‘Pecah Perut’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments