(Video) “Impian Semua Pemilik Kucing…” Viral Kucing Selamba Mandi Sendiri Tak Takut Air Bikin Terhibur

Siapa yang ada bela kucing kat rumah, perkara paling susah nak suruh si bulus tu buat adalah mandi, kan? Umumnya kucing ni memang sejenis haiwan yang bencikan air. Memang payah kalau nak ajak mandi.

Tu belum kira lagi kalau yang jenis melawan. Sudahlah degil taknak mandi, berlari pulak tu pergi menyorok entah mana-mana. Ada yang lagi ‘naik lemak’, digigitnya pula tangan kita. Suka hati je.

Tapi jarang pulak kan kita jumpa kucing yang suka air. Kalau nak ajak mandi tu senang je. Itulah macam yang dirakam dalam video yang tular kat bawah ni.

Seekor kucing berwarna coklat, selamba je dia tadah badan bawah air paip yang mengalir di sinki. Takda nak acah-acah kaki ke apa, terus hulur kepala kenakan bawah air. Selamba betul.

Video tular ini dikongsikan semula di laman Twitter Bulu-Bulu Kehidupan dengan kapsyen bertulis, “Impian semua pemilik kucing. Kucing mandi sendiri,” disusuli emoji menangis.

Tahu kan kenapa emoji menangis dipilih? Sebab semua tuan empunya kucing tahu yang bukan senang nak ‘jinakkan’ kucing dengan air, apatah lagi nak memandikannya.

Video tular ini telah ditonton lebih 300,000 kali oleh netizen. Di samping itu, ramai juga yang turut ‘meluahkan’ apa yang terbuku di hati apabila tengok video ini.

Tak kurang juga, ada jugak kucing yang boleh ambil wudhu’ sendiri. Cuba tengok video yang dikongsikan di bawah ni.

Selamba je si bulus ni hulur tangannya banyak kali kat air tu. Orang biasa ambil wudhuk bahagian tangan tu ulang tiga kali je. Dia ni entah berapa kali entah.

Sumber: Twitter Bulu-Bulu Kehidupan

The post (Video) “Impian Semua Pemilik Kucing…” Viral Kucing Selamba Mandi Sendiri Tak Takut Air Bikin Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments