(Video) Hindar Dari Menyedut Habuk, Lelaki Ini Kongsi 5 Tips Nak Pastikan ‘Aircond’ Rumah Sentiasa Bersih

Kena dengan musim panas sekarang, penyaman udaralah menjadi ‘hero’ dirumah tatkala rumah terasa bahang panas di luar. Malah, bukan waktu panas sahaja, boleh dikatakan setiap rumah mesti ada satu atau dua biji penghawa dingin ini.

Namun, dalam sedar tak sedar kita menggunakan penghawa dingin hampir setiap hari. Saban hari, penghawa dingin tidak memberi udara yang nyaman dek kerana cara pembersihan filter yang tidak menentu.

Jadi, untuk memudahkan kerja korang, hari ini SK nak kongsikan satu lagi tips menarik untuk pastikan penghawa dingin di rumah korang sentiasa mengeluarkan udara yang segar dan bersih.

Menerusi video dari laman TikTok @twocoolaircond mengajar cara membersihkan filter penghawa dingin sendiri dan mudah sangat.

Cara ini mudah ikuti dan boleh dilakukan sendiri di rumah korang.

1. Buka cover aircond

2. Keluarkan filter, tarik ke bawah

3. Cuci dengan air dan pastikan gosok dengan bersih

4. Kibaskan filter dan jangan lupa keringkan

5. pasang semula filter dan selamat daripada habuk dan boleh sedut udara yang segar

Untuk pengetahuan korang, filter aircond seharusnya dibersihkan setap sebulan sekali. Barulah kita sentiasa sihat dan terhindar daripada menyedut habuk.

@twocoolaircond

slmt mncuba😉#fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #yourpagetiktok #yourpage #pepsiboldtalent #viral #viraltiktok #tutorials #tiktokguru

♬ original sound – TwoCool Aircond – TwoCool Aircond

 

Sumber: Tiktok Twocoolaircond

The post (Video) Hindar Dari Menyedut Habuk, Lelaki Ini Kongsi 5 Tips Nak Pastikan ‘Aircond’ Rumah Sentiasa Bersih appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments