(Video) Hanya Mampu Menangis, Gadis Terkilan Jemput BFF Sambut “Birthday” Tapi Seorang Pun Tak Muncul

Biasanya sambutan hari jadi akan disambut bersama dengan rakan-rakan terdekat, rakan sekerja mahupun bersama keluarga tercinta.

Ia juga pasti akan jadi lebih meriah apabila turut diraikan bersama hadiah, ucapan dan doa oleh mereka semua.

Namun, hakikatnya perkara itu hanyalah sekadar ‘angan-angan’ sahaja apabila remaja perempuan bernama Nabila ini terasa hati dengan kawan-kawannya sendiri.

Berdasarkan video yang dimuat naik ke TikToknya, Nabila mendakwa sambutan hari jadi yang ke-17 tahun kali ini terasa agak hambar kerana tiada seorang pun sahabat baiknya yang sudi datang.

@whahaapasiii

♬ original sound – Nabila – Nabilazaharalazina

Dalam video ini, jelas terpampang sekeping foto Nabilah sudah ‘bersedia’ di meja makan bersama kek hari jadinya. Nampak gaya keadaan di situ, majlis hari jadi itu dipercayai sudah dirancang rapi dan mungkin mereka telah berjanji untuk meraikannya bersama.

Masakan tidak, bukan sahaja kek tetapi belon, lilin, topeng muka dan perhiasan-perhiasan lain segalanya sudah tersedia ketika itu. Tiada apa yang mampu Nabilah ucap, melainkan air matanya yang berbicara sendirian.

Tersentuh dengan apa yang terjadi, video itu tular dan telah ditonton hingga kira-kira satu juta kali setakat ini. Dalam masa sama, ada yang memintanya untuk menceritakan hal sebenar dan inilah yang berlaku sebenarnya.

@whahaapasiii

Balas @piscestears_ ntar kita lanjut curhat online nya ya manteman

♬ original sound – Nabilazaharalazina – Nabilazaharalazina

Difahamkan, pada Nabilah sambutan hari jadi ke-17 nya itu sepatutnya menjadi sesuatu yang luar biasa. Namun, berlaku sedikit perselisihan faham antara mereka.

Dipercayai kerana itulah mereka mungkin ‘berpakat’ untuk tidak menghadiri majlisnya. Akhirnya, apa yang dirancang semuanya ‘hancur’ begitu sahaja.

Menyedari dirinya kian sepi ditinggalkan sahabat sendiri, Nabilah cuba ‘bangkit’ daripada kesedihan dengan menjemput pula rakan-rakannya di kampung.Namun apa yang diinginkannya, sekali lagi tidak tercapai.

@whahaapasiii

Balas @user578544560 makasi semua yg udah dengerin maaf klau agak belit belit karna kali pertama buat vid gni 🥺

♬ original sound – Nabilazaharalazina – Nabilazaharalazina

Ibu ayahnya agak bersemangat menyediakan makanan-makanan untuk dijamu kepada rakan-rakan sekampungnya yang hadir. Tapi ianya ternyata sia-sia.

Nabilah mengeluh, jemputannya itu hambar. Tiada seorang pun rakan sekampungnya yang sudi hadir meraikan ulang tahun kelahirannya itu.

Apa yang membuatkan dirinya kecewa dan rasa bersalah adalah makanan. Penat-penat ibu ayahnya menyediakan makanan, namun akibat hambar tanpa kelibat mereka, makanan-makanan akhirya terbazir begitu sahaja.

Justeru, ramai warganet yang menonton videonya itu menungkapkan kata-kata semangat, tidak kurang juga ada yang mengucapkan selamat hari jadi buatnya.

Jika sahabat baik dan rakan sekampungnya tidak mahu bersama, biarlah para warganet yang tampil meraikannya.

@whahaapasiii

♬ Malam minggu – Sol weirds

Selamat hari lahir Nabilah yang ke-17 tahun. Jangan sedih-sedih ye.

Sumber: TikTok @whahaapasiii

The post (Video) Hanya Mampu Menangis, Gadis Terkilan Jemput BFF Sambut “Birthday” Tapi Seorang Pun Tak Muncul appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments