(Video) Gunung Merapi Dilapor Hembur Awan Panas Dengan Jarak Luncuran Sejauh 1,200 Meter

Gunung Merapi yang berada di sempadan Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta dilaporkan telah memuntahkan lonsoran awan panas dengan jarak luncuran sejauh 1,200 meter ke arah barat daya pada hari ini, lapor Antara News.

Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), Hanik Humaida, melalui kenyataan rasminya mengatakan bahawa longsoran awan panas itu terjadi pada pukul 2.03 petang waktu tempatan.

“Guguran awan panas yang dicatat pada seismograf adalah dengan amplitud 45 mm dan durasi 86 saat,” katanya.

Dalam tempoh pemerhatian dari jam 6.00 hingga 12.00 tengahari waktu tempatan, gunung itu memuntahkan lava sebanyak tiga kali dengan jarak luncuran maksimum 900 meter ke barat daya.

Gunung berapi aktif juga dikesan mengalami 34 gempa guguran dengan amplitud 3-36 mm selama 10-78 saat dan satu kali gempa bertiup dengan amplitud 6 mm selama 9 saat.

Hingga kini, BPPTKG masih mengekalkan status Gunung Merapi di peringkat III atau bersiap sedia.

Lava dan awan panas Gunung Merapi dijangka boleh memberi kesan kepada sektor wilayah barat daya yang meliputi Sungai Kuning, Boyong, Bedog, Krasak, Bebeng dan Putih.

Sumber: Antara News

The post (Video) Gunung Merapi Dilapor Hembur Awan Panas Dengan Jarak Luncuran Sejauh 1,200 Meter appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments