(Video) Gara-Gara Kucing ‘Melepak’ Atas Bumbung, Perkhidmatan Kereta Api Ini Tergendala Lebih 2 Jam

Gelagat kucing sememangnya sangat comel tetapi terkadang haiwan itu juga boleh menimbulkan pelbagai masalah yang tidak terjangka.

Terbaru, perkhidmatan sebuah kereta api di stesen London Euston tergendala selepas seekor kucing tidak mahu turun dari bumbung kenderaan itu.

Kucing itu dilihat ‘menempel’ di atas kereta api Avanti West Coast itu kira-kira setengah jam sebelum dijadualkan bertolak ke Manchester pada jam 9 malam, lapor The Guardian.

Disebabkan itu, penumpang telah dipindahkan ke dalam kereta api lain.

Gambar Via The Guardian

Kereta api Avanti West Coast tidak dapat digunakan sehingga kakitangan dapat memujuk kucinbg itu dari kedudukannya yang tidak menentu.

Selepas dua jam setengah, kebuntuan akhirnya berakhir ketika tong sampah diletakkan di sebelah kereta api yang membolehkan haiwan itu turun dengan selamat.

Pun begitu, masih belum diketahui bagaimana kucing itu boleh memanjat ke atas bumbung kereta api itu.

“Kami sering menghadapi masalah dengan burung di dalam stesen tetapi ini kali pertama kucing ‘menaiki’ kereta api,” kata pengurus stesen Rangkaian Kereta Api untuk Euston.

Sumber: The Guardian

The post (Video) Gara-Gara Kucing ‘Melepak’ Atas Bumbung, Perkhidmatan Kereta Api Ini Tergendala Lebih 2 Jam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments