(Video) Canggih, Akak Ni Cipta Alat Buka Pintu Guna Telefon Je, Siap Boleh Tangkap Gambar Siapa Yang Datang

Pada hari ini, terdapat banyak teknologi yang dicipta bertujuan sebagai pemudah cara dalam kehidupan seharian kita. Tidak cukup dengan itu, sesuatu teknologi itu turut diperbaharui dengan nilai tambah tahap keselamatan yang lebih cemerlang, sekaligus menjaminkan penggunaannya untuk tempoh lebih lama.

Salah satu teknologi terkini yang sudah banyak diguna pakai kebanyakan manusia adalah alat kawalan jauh. Jika televisyen versi ‘lama’, kita terpaksa berjalan beberapa langkah ke butang televisyen hanya semata-mata untuk tukar siaran. Tapi dengan hadirnya teknologi, alat kawalan jauh dicipta dan semuanya boleh ditukar mengikut kehendak hanya di hujung jari sahaja.

Baru-baru ini, akaun TikTok Aiszzy Electronics ada berkongsi satu lagi inovasi baharu, iaitu teknologi membuka pintu hanya menggunakan telefon pintar sahaja. Teruja bukan? Mari kita tonton video ini.

@aiszzyelectronics

Senang buka pintu rumah dari phone jee. Siap boleh tangkap gambar lagii 🤓

♬ original sound – Aiszzy Electronics – Aiszzy Electronics

Perkongsian tersebut mendapat respon positif daripada kalangan warganet. Rata-rata mereka begitu kagum dengan ‘kecanggihan’ inovasi baharu ini.

Sumber: TikTok Aiszzy Electronics

The post (Video) Canggih, Akak Ni Cipta Alat Buka Pintu Guna Telefon Je, Siap Boleh Tangkap Gambar Siapa Yang Datang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments