(Video) “Buat Tak Tau Je,” Lelaki Ini Bagi Tips Elak Dikejar Anjing, Memang Betul Berkesan

Tular di media sosial, sebuah video memaparkan aksi ‘tenang’ seorang lelaki apabila dikejar tiga ekor anjing. Dia yang tidak panik, memberi tips kepada netizen ‘jangan berlari’ ketka dikejar oleh haiwan ini.

Perkongsian oleh akaun 94keith29 di Tiktok itu meraih 238 ribu tontonan dan dibanjiri dengan lebih daripada seribu komen oleh warganet yang memberikan pelbagai reaksi.

Video berdurasi beberapa saat itu menunjukkan lelaki berkenaan sedang berjalan di hadapan sebuah rumah sebelum dikejar oleh tiga ekor anjing yang secara tiba-tiba berlari ke arahnya.

Dia yang kekal tenang, hanya berjalan seperti tiada apa yang berlaku dan kesemua anjing berkenaan juga berpatah balik ke rumah tersebut.

Jangan lari kalau anjing kejar

@94keith29

jgn lari kalau anjing kejar..

♬ Oh No – Kreepa

Rata-rata warganet yang memberikan pendapat berkata, walaupun mereka sudah mengetahui tips ini, kekal tenang adalah sesuatu yang sukar kerana takut sekiranya digigit oleh haiwan ini.

Ada juga yang pernah berhadapan dengan situasi ini mengatakan kaki mereka akan berlari secara ‘automatik’. Memang kelakar!

Walaupun aku tahu tips ni tapi aku still lari

Nak buat tak tahu tu lagi susah dari lari

Betul, anjing tak kejar pun kalau kita jalan je

Tak nak lari, tapi kaki automatik lari

Sumber: TikTok 94keith29

The post (Video) “Buat Tak Tau Je,” Lelaki Ini Bagi Tips Elak Dikejar Anjing, Memang Betul Berkesan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments