(Video) Berkilat Seperti Baru, Ini Cara Nak Hilangkan Kesan ‘Degil’ Pada ‘Blender’ Anda

Salah satu masalah yang kerap kita hadapi ketika di dapur ialah untuk membersihkan kesan kunyit baik pada tangan, bekas atau mesin pengisar.

Boleh jadi berhari-hari kesannya melekat pada tangan atau bekas yang kita gunakan. Lama kelamaan, bekas pengisar yang asalnya bersih berkilat pun kelihatan kusam dan kekuningan.

Jadi, mari kita belajar dua cara untuk menghilangkan kesan degil pada mesin pengisar supaya ia kembali bersinar seperti baru.

Cara pertama

Bahan-bahan

3 cawan cuka

Air

Sabun

Langkah

1. Isi tiga cawan cuka dan air sehingga penuh ke dalam bekas pengisar. Rendam selama kira-kira empat jam.

2. Kurangkan sukatan dan kisar campuran tersebut selama beberapa minit.

3. Gosok menggunakan span sehingga kotoran hilang.

4. Masukkan air sabun ke dalam mesin pengisar dan kisar untuk beberapa minit lagi.

5. Bilas dan siap!

Cara kedua

Bahan-bahan

Cuka

Soda bikarbonat

Air suam (boleh juga gunakan perahan lemon atau limau)

Langkah-langkah

1. Rendam bekas dengan bancuhan cuka dan air selama 24 jam.

2. Bancuh soda bikarbonat dengan air atau perahan lemon sehingga menjadi pes.

3. Gosok pes soda bikarbonat pada bekas menggunakan berus.

4. Bilas dan ini hasilnya.

Sebelum. (Dibandingkan dengan bekas pengisar yang baru)
Selepas. (Dibandingkan dengan bekas pengisar yang baru)

Sumber: Life Is No Yoke, Angela Orecchio

The post (Video) Berkilat Seperti Baru, Ini Cara Nak Hilangkan Kesan ‘Degil’ Pada ‘Blender’ Anda appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments