(Video) “Beku Kejung Remote Aku,” Puas Cari Satu Rumah, Rupanya Anak Sorok Remote TV Dalam ‘Freezer’

Anak-anak merupakan anugerah yang tidak ternilai buat setiap ibu bapa.

Pun begitu, ibu bapa perlu bersedia menghadapi pelbagai karenah dan telatah nakal anak-anak.

Manakan tidak, pasti ada saja buah fikiran mereka yang akan ‘memeningkan’ kepala ibu bapa.

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok ini yang memaparkan telatah anaknya yang tidak terjangka.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Cipinas itu, dia kebuntuan setelah remote televisyennya hilang.

@cipinascantik

Patut tak aku call cikgu, suruh tanya kan anak aku dia ada bawak ke sekolah ke? #MKeStartTikTok #fyp #fypdong #Sssmac #foryourpage #foryou

♬ original sound – Šeng Ñu pan – Šeng Ñu pan

Setelah mencari di seluruh pelusuk rumah, dia menebalkan muka untuk bertanyakan kepada guru sekolah anaknya jika anak lelakinya membawa remote itu ke sekolah.

Pun begitu, dia terkejut setelah diberitahu bahawa remote itu telah dimasukkan ke dalam peti ais.

Remote tersebut dikatakan telah dimasukkan bersama sebotol vitamin dan menyebabkan kedua-duanya beku.

@cipinascantik

Perangai Husna, dia suka nyorokkan benda lepas tu dia lupa mana dia letak. Padahal dia dari tadi carik sesama dengan mak. #foryou #fyp #Sssmac

♬ original sound – Šeng Ñu pan – Šeng Ñu pan

Perkongsian itu telah membuatkan ramai netizen yang terhibur.

Sumber: Cipinas

The post (Video) “Beku Kejung Remote Aku,” Puas Cari Satu Rumah, Rupanya Anak Sorok Remote TV Dalam ‘Freezer’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments