(Video) “Allahuakbar…Allahuakbar..,” Wanita Cemas Lihat Gajah Liar Lalu Depan Restoran Di Kota Tinggi

Seorang wanita yang sedang makan di sebuah kedai makan sempat merakam detik cemas penduduk sekitar apabila seekor gajah melintasi kedai tersebut.

Kejadian itu berlaku di sebuah kedai makan dipercayai di Batu 6, Kota Tinggi malam tadi menjadi tular di media sosial.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam semalam ketika orang ramai sedang menjamah makanan di kawasan tersebut. Wanita tersebut risau jikalau ada kereta yang menjadi mangsa serangan gajah liar tersebut.

Justeru itu, penduduk di kawasan sekitar diminta untuk berhati-hati jika terserempak dengan seekor gajah liar yang melintasi di kawasan Kota Tinggi itu.

23/3/202111.00pmbatu 6 kota tinggi

Posted by Cik Daus on Tuesday, March 23, 2021

 

Sumber: Cik Daus

The post (Video) “Allahuakbar…Allahuakbar..,” Wanita Cemas Lihat Gajah Liar Lalu Depan Restoran Di Kota Tinggi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments