Terpaksa Berjauhan Dengan Suami, Wanita Guna Khidmat Tukang Peluk Profesional Sebagai Ganti

Seorang wanita yang sudah berkahwin telah mendedahkan bahawa dia menghabiskan sebanyak $ 80 (lebih RM300) sejam untuk mengunjungi tukang peluk profesional.

Menurut Daily Mail,  Saskia Larsen yang berasal dari New York itu mengatakan bahawa suaminya tidak keberatan jika dia bertemu untuk mendapatkan khidmat peluk dengan lelaki lain.

Dalam laporan Daily Star pula, Saskia mendedahkan dia mula mendapatkan perkhidmatan berkenaan apabila terpaksa berjauhan dengan suaminya atas faktor kerja.

“Ramai yang menganggap bahawa saya melakukan sesuatu yang pelik kerana saya sudah berkahwin dan menggunakan perkhidmatan berpelukan ini.

“Tetapi saya tidak peduli dengan apa yang orang lain fikir,” katanya.

Gambar Via Daily Mail

Bercakap mengenai suaminya, dia yakin bahawa suaminya itu tidak akan cemburu.

“Dia lebih bersifat melindungi daripada cemburu, selagi saya selamat itu bagus.

“Saya tidak melanggar perjanjian dengan suami, saya tidak melanggar undang-undang,” katanya.

Suaminya pula mengatakan bahawa perkhidmatan berpelukan itu tidak melanggar integriti mereka berdua.

“Kami sentiasa berpelukan, jadi saya dapat memahami mengapa dia memerlukan perkhidmatan itu,” katanya.

Sumber: Daily Mail

The post Terpaksa Berjauhan Dengan Suami, Wanita Guna Khidmat Tukang Peluk Profesional Sebagai Ganti appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments