TERKINI: Status PKPB Pulau Langkawi Kini Bertukar Ke PKPP -Ismail Sabri

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri, memaklumkan bahawa status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Langkawi kini bertukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurutnya, status PKPP di pulau itu akan berkuatkuasa bermula pada esok (10 Mac).

“Ini memandangkan Pulau Langkawi telah bertukar menjadi zon hijau dan kes terakhir direkodkan adalah pada 20 Februari 2020 iaitu sebanyak 2 kes,” katanya.

Walau bagaimanapun, negeri Kedah masih kekal dengan PKPB.

“Kerana ia merupakan pulau pelancongan, jadi kebenaran Gelembung Pelancongan Bersasar domestik juga terpakai untuk Pulau Langkawi,” katanya.

Beliau sebelum itu memaklumkan mengenai Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pergerakan pelancongan dari negeri di bawah PKPP berkuatkuasa esok (10 Mac).

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Tuesday, March 9, 2021

Sumber: RTM

The post TERKINI: Status PKPB Pulau Langkawi Kini Bertukar Ke PKPP -Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments