TERKINI: Rentas Daerah Dibenarkan Di Semua Negeri Kecuali Sabah Bermula 5 Mac Ini

Kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan rentas daerah di seluruh negara kecuali Sabah bermula 5 Mac ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebentar tadi.

”Sidang Khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negeri kecuali negeri Sabah, manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

”Bagi negeri Sabah sebenarnya, kerajaan negeri Sabah memohon agar sekatan daerah di Sabah dikekalkan lagi untuk tempoh dua minggu, kita paham Sabah merupakan negeri yang amat besar, satu daerah kebanyakan lebih besar dari bebrapa ngeri di Semenanjung,” katanya.

Sidang media perkembangan terkini mengenai PKP, PKPB & PKPP | 2 Mac 2021

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini mengenai PKP, PKPB & PKPP oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 2 Mac 2021

Posted by Bernama TV on Tuesday, March 2, 2021

Sumber: Sidang Media

The post TERKINI: Rentas Daerah Dibenarkan Di Semua Negeri Kecuali Sabah Bermula 5 Mac Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments