TERKINI: Individu Masuk Ke Sarawak Perlu Buat ‘Swab Test’ 3 Hari Sebelum Berlepas, Perlu Jalani Kuarantin 14 Hari

Kerajaan memaklumkan bahawa individu yang ingin ke Sarawak atas urusan kerja dengan kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu jalani saringan swab test dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan dan perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari sejurus tiba di sana.

Menurut Menteri Kanan, Datuk Ismail Sabri dalam sidang media hari ini memaklumkan bahawa kos rawatan ujian saringan swab dan tempoh kuarantin yang dijalani oleh warga Sarawak akan dibayar oleh kerajaan negeri. Namun, bagi bukan warga Sarawak, perlu mengeluarkan kos sendiri.

Manakala pergerakan keluar dari Sarawak ke semenanjung tak perlu jalani ‘swab test’.

Sidang media perkembangan terkini mengenai PKP, PKPB & PKPP | 4 Mac 2021

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini mengenai PKP, PKPB & PKPP oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 4 Mac 2021

Posted by Bernama TV on Thursday, March 4, 2021

 

Sumber: Sidang Media MKN

The post TERKINI: Individu Masuk Ke Sarawak Perlu Buat ‘Swab Test’ 3 Hari Sebelum Berlepas, Perlu Jalani Kuarantin 14 Hari appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments